Over 10 years we help companies reach their financial and branding goals. Engitech is a values-driven technology agency dedicated.

Gallery

Contacts

411 University St, Seattle, USA

engitech@oceanthemes.net

+1 -800-456-478-23

Technology

SSPN tetap menjadi pilihan ibubapa dengan jumlah deposit RM15.81b

PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerima deposit Simpan SSPN berjumlah RM15.81 bilion sehingga 31 Ogos lalu dengan bilangan akaun sebanyak 6.94 juta.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, di negeri Johor sahaja, deposit Simpan SSPN yang diterima berjumlah RM1.39 bilion dengan bilangan akaun sebanyak 670,041.

“Prestasi ini membuktikan Simpan SSPN terus cemerlang sebagai produk simpanan terbaik pilihan ibu bapa,” katanya dalam kenyataan sepena pelancaran Bulan Menabung SSPN (BMS) 2023 Peringkat Zon Selatan di Angsana Mall, Johor Bahru, semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, Azhar Ahmad dan Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Johor, Mazni Ruslan.

Menurut PTPTN, BMS 2023 merupakan program signature dalam memartabatkan amalan menabung dan mempromosi Simpan SSPN sebagai produk simpanan pilihan utama rakyat Malaysia.

Katanya, bertemakan “Robotik : Ke arah Transformasi Dunia Pendigitalan”, BMS 2023 mengekalkan tagline `Jom Jadi Superhero Anak Anda.’

“Konsep ini amat signifikan kerana sains dan teknologi robot berkait rapat dengan kemajuan dan memerlukan pengetahuan tentang teknologi terkini. Ini selari dengan agenda pendigitalan PTPTN yang memberi fokus kepada usaha menggalakkan penggunaan aplikasi myPTPTN kepada para peminjam dan pendeposit Simpan SSPN untuk urusan yang lebih mudah, cepat dan selamat,” katanya.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk disertai oleh ibu bapa dan anak-anak antaranya Pertandingan Mewarna Simpan SSPN, Simpan SSPN Got Talent, Rekacipta Model Robotik dan Family Jenga.

Bagi memeriahkan lagi BMS 2023, Cabutan BMS 2023 diteruskan pada tahun ini dengan hadiah wang tunai berjumlah RM75,000 kepada seramai 66 pemenang.

Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada masyarakat Malaysia seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, dividen yang kompetitif, Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, patuh syariah dan simpanan dijamin kerajaan.

Sumber – UTUSAN

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *